Thursday 13 December 2012

Nutrien Penting untuk Ibu yg Menyusu Bayi

credit: vitamummy.blogspot

Multivitamin
Menyediakan vitamin & mineral penting untuk ibu. Ia tidak boleh diperolehi dari diet harian. Kadar vitaminyg mencukupi membantu penghasilan susu yg banyak dan berkhasiat. Ia juga membantu menggalakkan kesihatan ibu dan bayi.

Protein
Bayi perlukan protein untuk proses tumbesaran yg berkekalan dan sempurna. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yg menghubungkan setiap nahagian tubuh. Disarankan mengambil sekurang2nya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

Vitamin C
Satu kajian menyatakan bahawa khasiat vitamin C tertumpu kepada bayi. Oleh itu menyusukan bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi daripada kekurangan vitamin C. Ia penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yg sihat,

Vitamin B
Mampu menyokong sistem saraf dan metabolisme yg sihat. Fungsi yg pelbagai antaranya pengeluaran hormon, pembentukan sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, juga mengekalkan saraf serta kulit yg sihat.

Kalsium
Tahukan anda 40% daripada susu ibu terdiri dari Kalsium.. Ia amat perlu untuk membina tulang yg sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Ibu yg menyusu bayi disarankan mengambil 1300mg kalsium setiap hari.

Alfalfa
Kandungannya terdiri daripada Vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan ini penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yg sihat. Ia turut digunakan secara tradisional bagi meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Omega 3
Pengambilan Asid Lemak Omega 3 selama tempoh penyusuan dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. berdasarkan pada pengalaman, kanak-kanak yg mendapat susu ibu sepenuhnya tidak mempunyai masalah fungsi otak e.g. gangguan hiperaktif atau autisme.

Sumber: Pakar laktasi.

Untuk Info lanjut......................

No comments:

Post a Comment